Setiap orang mendambakan kulit yang cantik berseri. Alaminya sendiri dengan GenM,
rangkaian produk penjagaan kulit premier Zija yang dirumus berteraskan "pokok ajaib"
anugerah alam, Moringa oleifera.
Kulit adalah organ terbesar badan,
dan boleh memperbaharui dirinya setiap 45 hari. Sel-sel yang bertanggungjawab
memperbaharui kulit dirujuk sebagai sel stem, dan
secara kolektifnya ia
bertanggungjawab untuk menjana kira-kira 45 bilion sel baru setiap hari.
Khasiat pemakanan yang diperlukan
untuk membolehkan sel stem berkembang dan memperbaharui kulit kita sering
diabaikan. Ini berlaku terutamanya kerana sel-sel
stem ini memerlukan nutrien yang
unik dan jarang ditemui secara semula jadi dalam kebanyakan makanan.
Malangnya, apabila sel-sel stem kita
kekurangan nutrien
penting ini, ia akan menyebabkan
kulit kelihatan berusia dan kusam.
Pasukan saintis, pakar pemakanan dan
pakar-pakar penjagaan kulit Zija telah berjaya mengaplikasikan sumber alam
dengan sepenuhnya bagi menghasilkan rangkaian lengkap
penjagaan kulit GenM . Dengan
memanfaatkan khasiat Moringa oleifera dan fosfoslipid penting di dalamnya,
produk GenM mampu bertindak aktif untuk membekalkan nutrien
penting yang diperlukan oleh kulit
untuk memperbaharui dirinya sendiri
.
Selain memenuhi keperluan semua
jenis kulit, GenM juga sangat berkesan bagi menangani pelbagai masalah kulit,
yang berpotensi untuk berubah setiap hari, setiap
minggu dan juga akibat pengaruh
hormon. GenM merapatkan jurang generasi melalui manfaat "Kesihatan
Dalaman, Kecantikan Luaran" kepada setiap insan tanpa
mengira usia.
Kembali kepada Alam (Back To Basic)
Kami tidak menggunakan sebarang
paraben, parafin, ftalat, minyak mineral atau sulfat dalam mana-mana produk
GenM. Produk-produk GenM tidak komedogenik, iaitu ia
tidak akan menyumbat liang-liang
kulit. Produk-produk GenM juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet kimia
yang kuat, pewarna tiruan dan wangian tiruan. Produk
GenM tidak pernah diuji ke atas
haiwan.
Pembersih Muka Berkrim
Pembersih Muka Berkrim Zija bertindak
lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati,
menyingkirkan lebihan minyak dan
kotoran, agar kulit anda terasa segar dan bertenaga.
Ia juga berkesan sebagai pembersih
mekap dan krim pencukur. Formula bebas sulfat yang
tidak merengsakan ini menggabungkan
Moringa bersama Tensolive, ekstrak tumbuh-tumbuhan
dan Eliksir Bunga Gurun untuk
mengembalikan keseimbangan, keanjalan dan tona kulit sambil
menyeimbangkan semula tahap lipid
semula jadi kulit.
Syor Penggunaan:
Gunakan pagi dan petang. Urut pada
seluruh muka dan leher. Bilas dengan air
suam. Elakkan daripada terkena mata.
Semburan Penghidratan Semula
Semburan Penghidratan Semula adalah
cara yang mudah untuk mengaktifkan dan
melembapkan kulit muka dan tubuh
anda sepanjang hari. Rumusan tidak mudah sejat ini kaya
dengan bahan aktif tumbuh-tumbuhan,
yang bertindak pantas untuk membekalkan vitamin,
peptida asid amino dan mineral surih
yang sungguh menyegarkan.
Syor Penggunaan:
Sembur terus pada seluruh muka dan
leher atau sembur pada pad kapas dan
tekap perlahan-lahan pada kulit.
Masker Spa
Masker Spa Zija menggabungkan
khasiat vitamin, mineral, ekstrak tumbuhan segar dan tanah
liat hijau dari pantai Normandy,
Perancis. Ia menyingkirkan kotoran, menyerap lebihan minyak,
membersihkan dan meratakan tona
kulit agar wajah anda sentiasa licin dan anjal. Tanah liat
hijau padat dengan khasiat kelpa
laut, magnesium, mangan, zink dan fitomineral lain yang
diperlukan untuk keseimbangan kulit.
Masker Spa juga berperanan mengecilkan saiz liang-
liang kulit dan menyerap serta
menyingkirkan kotoran dan sel-sel kulit mati.
Syor Penggunaan:
Gunakan satu hingga dua kali
seminggu sebagaimana perlu. Letakkan
produk pada tapak tangan anda.
Ratakan perlahan-lahan pada seluruh muka dan leher. Relaks
dan biarkan masker bertindak
sepenuhnya selama tiga hingga lima minit atau tunggu sehingga
produk berasa kering apabila
disentuh. Bilas bersih dengan air suam
Krim Malam Antipenuaan
Krim Malam Antipenuaan
menterbalikkan waktu dan menyerlahkan seri semula jadi anda dengan
menghapuskan garis-garis halus,
merangsang penghasilan kolagen, mengisi kedutan dan
mengurangkan keradangan. Sejenis
bahan aktif seperti Botox yang dipanggil Snowflake berperanan
menegangkan kembali garis-garis
halus dan kedutan. Kompleks peptida meningkatkan kadar
pusing ganti sel dan menggalakkan
penghasilan kolagen. Phase2 Rx bertindak secara langsung
untuk mengurangkan eritema serta
melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari,
pencemaran alam sekitar dan tekanan
oksidatif. Sejenis ekstrak Commiphora Mukul yang dipanggil
Redensin mengisi garis-garis di dahi
dan sekitar mata, serta mengurangkan kedutan pada seluruh
muka dan leher. Sari pekat labu
dalam air laut yang dikenali sebagai Ocaline mengurangkan kesan
kemerah-merahan pada muka. Sutera
Buluh asli mengekalkan kehalusan kulit agar kulit sentiasa
lembut dan gebu.
Syor Penggunaan:
Sapu pada seluruh muka dan leher
pada setiap malam selepas kulit
dibersihkan.
Serum Mata
Serum Mata Zija mengekalkan penghidratan
di sekeliling mata sambil mengurangkan kemerahan
kulit, sembap, lingkaran gelap bawah
mata dan tanda-tanda penuaan yang lain. Formula unik
kami diperkaya dengan bahan-bahan
aktif untuk melembapkan, melegakan, memperbaiki
dan menegangkan kulit. Data klinikal
Serum Mata GenM Zija menunjukkan bahawa dalam masa
beberapa hari sahaja, garis-garis
kedutan di sekeliling mata akan berkurangan dengan ketara.
Syor Penggunaan:
Sapu terus di kawasan bawah mata
selepas kulit dibersihkan.
Pelembap Harian
Pelembap Harian Zija cepat diserap
serta dirumus dengan tekstur yang ringan dan selembut
sutera bagi melindungi kulit
daripada elemen persekitaran dan pada masa yang sama
membolehkannya menyerap vitamin D
asli yang secukupnya. Ia sesuai untuk semua jenis
kulit serta mampu membekalkan dos
antioksida yang tinggi di samping melindungi kulit
daripada radikal bebas serta
kesan-kesan negatif alam sekitar.
Syor Penggunaan:
Letakkan dua hingga tiga titis pada
kulit, ratakan dengan lembut ke seluruh
muka, leher dan bahagian lain.
Minyak Zija
Minyak Zija padat dengan bahan-bahan
semula jadi untuk menyuburkan, menyihatkan dan
memulihkan luka-luka kecil,
tompok-tompok kering, kutikel yang rosak dan cela-cela kulit.
Rumusan proprietari kami menampilkan
khasiat minyak tumbuhan dara ekstra organik yang
dihasilkan melalui kaedah perahan
sejuk dan sangat bernilai dalam industri kosmetik disebabkan
ciri antipenuaannya yang luar biasa.
Ia diperkaya dengan asid palmitoleik, oleik dan linoleik, vitamin
A dan C, dan pelbagai minyak pati
yang lain.
Syor Penggunaan:
Sapu pada kulit untuk menghilangkan
jerawat dan cela. Elakkan dari terkena
mata.
Purchase Online
No comments:
Post a Comment